Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

13 Disember 2015

Keputusan Piala Malaysia 2015



KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 2015

Keputusan Peringkat Akhir

Tarikh Perlawanan: 12/12/2015
Selangor Vs Kedah (2 - 0)
Venue: Stadium Shah Alam

Penjaring Selangor: Ahmad Hazwan Bakri (3', 47')

19 Ogos 2015

Keputusan Liga Super Malaysia 2015



-----------------------------------------------------------------------------

Keputusan Perlawanan:

Juara Liga Super Malaysia 2015: Johor Darul Takzim
Naib Juara Liga Super Malaysia 2015: Pahang
Pasukan tersingkir ke Liga Perdana 2016: ATM FA dan Sime Darby FC
Pasukan Promosi dari Liga Perdana ke Liga Super 2016: Kedah dan Pulau Pinang

Catatan: Tahniah kepada pasukan Johor DT

03 Mei 2015

Keputusan Piala FA Malaysia 2015

Piala fa.jpg
Trofi ketiga Piala FA Malaysia ini mula digunakan pada edisi ke-23 (2012).

KEPUTUSAN PERLAWANAN

Final Piala FA Malaysia 2015

Tarikh Pelawanan: 23/5/2015
Perlawanan: Lions XII Vs Kelantan FA (3-1)
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil.
Penjaring Gol ??:
Penjaring Gol ??:

19 November 2014

Menang Sukan Kerana Dadah



PENGGUNAAN doping iaitu dadah yang boleh meningkatkan prestasi atlet adalah diharamkan dalam sukan. Doping yang diharamkan dalam sukan termasuk stimulan, ejen anabolik, analgesik narkotik serta peptide dan hormon.

Walaupun mengetahui ia menjadi satu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman yang berat, masih ramai atlet yang menggunakan bahan-bahan terlarang ini untuk meningkatkan prestasi mereka sama ada ketika latihan atau dalam pertandingan. Dadah ini juga digunakan untuk mempercepatkan proses pemulihan dari kecederaan dan menahan sakit.

Apa yang mengejutkan, ramai ahli sukan terkemuka terutamanya dalam sukan yang memerlukan kekuatan fizikal seperti olahraga, rupa-rupanya meraih kejayaan dengan bantuan bahan terlarang ini. Tindakan mereka itu ternyata telah mengecewakan peminat yang merasa tertipu kerana menjadikan mereka sebagai hero dalam sukan.

01 November 2014

Final Piala Malaysia 2014: Pahang Vs Johor DT

pahang
PEMAIN-PEMAIN Pahang dan barisan kejurulatihan mereka

Pada malam Sabtu, 1 November, 2014 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, berlangsung Perlawanan Akhir Piala Malaysia yang mempertemukan pasukan Pahang dengan Johor DT.

Kemunculan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Malaysia sejak tahun 2013, memperlihatkan satu usaha yang begitu serius di bawah teraju Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pasukan Harimau Selatan itu yang menjalani proses revolusi dengan setiap posisi dibarisi pemain bertaraf bintang lantas menjadikan JDT kuasa bola sepak baru.

Akhirnya selepas setahun, pelaburan besar mereka berbaloi apabila meraih kejuaraan pertama setelah merangkul Liga Super musim 2014 biar pun terlepas Piala FA kepada pasukan Pahang.

30 Oktober 2014

Keputusan Piala Malaysia 2014



KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 2014

Catatan:
~ Pahang mencapai kejuaraan dalam Piala Malaysia 2014 walaupun bermain dengan 10 orang pemain sahaja. Tahniah kepada pasukan Pahang kerana berjaya mengekalkan kejuaraan dalam Piala Malaysia dua tahun berturut-turut.

Keputusan Peringkat Akhir

Tarikh Perlawanan: 01/11/2014
Pahang Vs Johor DT (2 - 2 diikuti Penalti 5 - 3)
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil

Penjaring PDM: Nwakaeme (15', 70')
Penjaring Sepakan Penalti PDM: Razman Roslan, Diamon Steward, Shahrizah Salleh, Zesh Rahman, Mohd. Hafiz Kamal

Penjaring JDT: Jorge Pereyra Diaz (31'), Luciano Figueroa (35')
Penjaring Sepakan Penalti JDT: Luciano Figueroa, Pereyra Diaz, Hariz Harun

16 Julai 2014

Pemain Muslim Piala Dunia 2014 Berpuasa Ketika Beraksi



PIALA DUNIA 2014 yang telah berlangsung di Brazil merupakan Piala Dunia yang kedua diadakan dalam bulan Ramadan sepanjang 20 kali penganjuran pertandingan bola sepak paling berprestij itu. Piala Dunia 2014 bermula 29 Jun 2014 lalu iaitu 16 hari sebelum Ramadan.

Bagi pemain beragama Islam, beraksi selama 90 minit di atas padang pada bulan puasa bukanlah mudah. Di sebalik harapan rakyat negara masing-masing yang memerlukan mereka mengerah segala kudrat, mereka pula dituntut untuk tidak makan dan minum sejak terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Lima negara yang mempunyai majoriti pemain beragama Islam ialah Iran, Algeria, Bosnia, Jerman serta Perancis turut membariskan bintang bola sepak Muslim.

Antaranya, Mesut Ozil dan Sami Khedira yang bermain untuk Jerman; Karim Benzema (Perancis); dan Yaya Toure (Ivory Coast).

12 Julai 2014

Keputusan Piala Dunia FIFA 2014

SILA KLIK BACA LEBIH LANJUT DIIKUTI DENGAN SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT KEPUTUSAN PERLAWANAN



Keputusan Perlawanan Akhir:

Tarikh Perlawanan: 14 Julai, 2014
German Vs Argentina (1 - 0)


PASUKAN Jerman meraikan kemenangan mereka selepas menewaskan pasukan Argentina

Catatan Kejayaan;

1. Tahniah kepada pasukan Jerman atas kejayaan menjuarai Piala Dunia 2014. Kejuaraan ini merupakan kejuaraan keempat Jerman dalam Piala Dunia dengan rekod kejuaraan 1954, 1974, 1990 dan 2014.
2. Tahniah kepada Lionel Messi (Argentina) yang telah dinobat sebagai Pemain Terbaik untuk melayakkannya membawa pulang anugerah Bola Emas.
3. Tahniah kepada Manuel Neuer (Penjaga Gawang Jerman) yang berjaya merangkul anugerah Sarung Tangan Emas selaku Penjaga Gol Terbaik Piala Dunia 2014.
4. Tahniah kepada James Rodriguez (Colombia) yang layak menerima anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak dengan enam gol.

Sumber: Utusan

23 Jun 2014

Keputusan Liga Super Malaysia 2014



Catatan:
1. Tahniah kepada pasukan Johor DT atas kejayaan mereka menjuarai Liga Super Malaysia 2014. Kejayaan itu membolehkan skuad 'Harimau Selatan' meraih wang tunai RM500,000 dan trofi Piala Liga Super. Dengan ini juga, Johor DT layak beraksi dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) buat kali kedua selepas 2009.

2. Tahniah juga kepada pasukan PDRM atas kejayaan mereka menjuarai Liga Perdana Malaysia 2014. Selaku juara, PDRM meraih wang tunai RM300,000 di samping trofi Piala Liga Perdana.

05 Jun 2014

Keputusan Piala FA Malaysia 2014

Piala fa.jpg
Trofi ketiga Piala FA Malaysia ini mula digunakan pada edisi ke-23 (2012).

KEPUTUSAN PERLAWANAN

Final Piala FA Malaysia 2014

Tarikh Pelawanan: 7 Jun 2014
Pahang Vs Felda Utd (2 - 1)
Venue: Std Shah Alam
Jaringan Gol Pahang Oleh: Faizol Hussain dan Dickson Nwakaeme
Jaringan Gol Felda Utd Oleh: Edward Wilson



Catatan:
Tahniah kepada Pasukan Pahang atas kejayaan menjuarai Piala FA, 2014

Kejayaan tersebut sekali gus menamatkan penantian selama lapan skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu untuk membawa pulang Piala FA ke bumi Pahang. Kali terakhir Pahang menjulang Piala FA ialah pada tahun 2006.

Kejayaan itu juga membolehkan Pahang layak untuk beraksi dalam Piala AFC musim 2015. [Sumber: Kosmo]

19 November 2013

Sejarah Panjang Piala Malaysia



SEJARAH Piala Malaysia sebenarnya bermula pada zaman penjajahan British lagi iaitu pada 1921 apabila ia ketika itu dikenali dengan nama Piala Malaya.

Sepanjang dikenali sebagai Piala Malaya sehingga 1932, hanya tiga pasukan yang pernah menjadi juara iaitu Singapura sebanyak lapan kali diikuti Selangor (empat kali) dan Perak (dua kali).

Dari 1933 hingga 1966, perlawanan bola sepak itu dikenali dengan nama Piala HMS Malaya yang menyaksikan Singapura terus mempamerkan kehebatan dengan menjadi juara sebanyak 13 kali. HMS Malaya diambil sempena nama kapal perang HMS Malaya.

04 November 2013

Pahang Juara Piala Malaysia 2013



Setelah 21 tahun menanti, Pahang akhirnya berjaya menamatkan kemarau trofi Piala Malaysia selama lebih dua dekad tersebut apabila mengejutkan juara bertahan, Kelantan 1-0 dalam aksi final edisi ke-87 di Stadium Shah Alam, pada malam 3 November, 2013..

Sekalung tahniah buat pemain import dari Argentina, Matias Conti yang muncul wira Tok Gajah, apabila jaringan tunggalnya pada minit ke-58 sudah cukup buat Pahang memahat sejarah merangkul kejuaraan ketiga dalam sejarah penganjuran Piala Malaysia selepas melakukannya (juara) pada tahun 1983 dan 1992.

Gol tunggal penyerang import Pahang, Matias Ruben Conti itu, sekali gus mengecewakan hasrat Kelantan mempertahankan trofi Piala Malaysia yang dijulang mereka musim 2012 yang lalu.

02 November 2013

Keputusan Piala Malaysia 2013



Catatan:
Tahniah kepada pasukan bola sepak Pahang kerana berjaya merangkul kejuaraan di Perlawanan Akhir Piala Malaysia selepas menundukkan juara bertahan Kelantan (1- 0). Kemenangan ini sangat bererti kepada Pahang kerana dengan ini maka tamatlah kemarau kejuaraan Piala Malaysia selama 21 tahun.


PEMAIN-PEMAIN Pahang menjulang trofi Piala Malaysia selepas menewaskan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam

13 Julai 2013

Sepak Mula Piala Malaysia 17 Ogos, 2013

Bonus Aidilfitri!

Bahang saingan Piala Malaysia 2013 bakal menemui peminat bola sepak negara pada 17 Ogos 2013 ini dengan sesi pengundian kumpulan akan diadakan secara langsung di Astro Arena pada 27 Julai 2013 di Menara Telekom Malaysia.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Hamidin memberikan jaminan tarikh perlawanan akhir Piala Malaysia pada 26 Oktober 2013 tidak memberikan sebarang masalah kepada persiapan pasukan kebangsaan walaupun berdekatan dengan aksi kelayakan Piala Asia 2015 iaitu menentang Bahrain pada 15 Oktober 2013 di Stadium Shah Alam.

10 Julai 2013

Imbuhan Kepada Juara Liga Malaysia 2013

Bonus Aidilfitri!

KESEMUA pemenang Liga Malaysia (Liga M) meliputi juara Liga Super, Liga Premier dan Liga FAM akan menerima hadiah kemenangan serta insentif tahunan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pasukan masing-masing hari ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata sejumlah RM2.025 juta diperuntukkan kepada juara, naib juara dan tempat ketiga Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM, musim 2013 ini.

Beliau berkata, sejumlah RM3.17 juta lagi diperuntukkan untuk wang insentif kepada semua 12 pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Perdana yang mana jumlah diberi adalah mengikut kedudukan terakhir mereka dalam liga.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, selain hadiah kemenangan serta insentif berkenaan yang berjumlah RM5.132 juta, katanya pasukan tuan rumah dan pasukan pelawat yang mendapat liputan perlawanan secara langsung daripada Astro sepanjang musim lalu turut menerima bayaran pampasan berjumlah RM950,000.

04 Julai 2013

Keputusan Liga Super Malaysia 2013



Carta Liga Super Malaysia 2013

Pasukan                 P       M     S      K     Mata

01. Lions XII            22     12      7      3       43
02. Selangor           22      10     10      2       40 (Beza Jaringan +14)
03. Johor DT          22     11      7      4       40  (Beza Jaringan +6)
04. Kelantan           22      10      6      6       36
05. Pahang             22      10      5      7       35
06. ATM                  22     10      4      8       34
07. Perak                22       8      5      9       29
08. PKNS FC          22       8      4     11      28
09. Terengganu      22       7      6      9       27
10. T-Team             22       5      4     13      19 (Beza Jaringan -14)
11. Felda Utd          22       4      7     10      19 (Beza Jaringan -22)
12. N. Sembilan      22       1      7     14      10

Catatan:
Tahniah kepada Lions XII kerana berjaya menjadi Juara Liga Super Malaysia 2013
Tahniah kepada Selangor dan Kelantan kerana layak ke Peringkat Kumpulan, Piala AFC 2014
(Kelantan layak ke Peringkat Kumpulan Piala AFC 2014 selepas Menjuarai Piala FA Malaysia 2013)
Tahniah kepada Sarawak dan Sime Darby FC kerana layak ke Liga Super 2014
Takziah kepada N. Sembilan dan Felda Utd kerana tersingkir ke Liga Perdana musim 2014

Kepentingan Psikologi Sukan



KEBANYAKAN anggota masyarakat di negara ini mungkin memahami perkataan 'psikologi' berkait dengan emosi dan tingkah laku manusia, namun tidak ramai yang mengetahui tentang pertalian antara psikologi dan sukan.

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 'psikologi' ditakrifkan sebagai kajian tentang proses mental dan pemikiran yang menghubungkan perlakuan manusia dan haiwan.

'Sukan' pula ditakrifkan sebagai segala jenis latihan gerak badan dan permainan yang memerlukan tenaga dan ketangkasan. Atas kesedaran itu, ramai jurulatih dan pengamal sukan di negara ini lebih menyedari peri pentingnya psikologi dalam membantu meningkatkan prestasi atlet.

30 Jun 2013

Piala FA Malaysia 2013 Milik Kelantan

Final Piala FA: Red Warriors benam JDT
PEMAIN dan pegawai pasukan Kelantan meraikan kejayaan menjuarai Piala FA 2013
Tahniah diucapkan buat Pasukan Bola Sepak Kelantan

Jaringan tunggal oleh penyerang Kelantan (The Red Warriors), Norfarhan Mohammad pada minit ke-16 sudah cukup untuk membolehkan pasukan dari pantai timur itu terus kekal menjadi juara Piala FA dengan menewaskan Johor Darul Takzim (Harimau Selatan) untuk edisi tahun 2013 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Jun 2013. [Kosmo : 29/06/2013]

Kelantan membuktikan masih merupakan gergasi bola sepak negara selepas berjaya mempertahankan Piala FA yang dimenangi tahun lalu. Kejuaraan itu adalah yang kedua berturut-turut buat Kelantan dalam saingan Piala FA yang mula diperkenalkan sejak tahun 1990.

28 Jun 2013

Keputusan Piala FA Malaysia 2013

Piala fa.jpg
Trofi ketiga Piala FA Malaysia ini mula digunakan pada edisi ke-23 (2012).

Final Piala FA Malaysia 2013
Tarikh Pelawanan: 29 Jun 2013
Kelantan Vs Johor DT (1 - 0)
Jaringan Gol Oleh: Nor Farhan Mohammad

P/S: Tahniah Buat Pasukan Bola Sepak Kelantan

29 Mei 2013

Aksi Pahang-Johor DT Separuh Akhir Piala FA 2013 Ditunda


PARA penonton tetap tidak berganjak dari kawasan trek Stadium Darul Makmur, Kuantan meskipun diminta untuk meninggalkan kawasan trek oleh anggota polis.

LEBIHAN penonton skuad Tok Gajah yang mencecah sehingga 60,000 orang, melebihi kapasiti sepatutnya iaitu 40,000 orang di Stadium Darul Makmur di Kuantan pada malam 28 Mei 2013, menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013 di antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) tertangguh selama 90 minit.

Ia dikatakan berpunca daripada pengedaran tiket palsu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil peluang mengaut keuntungan daripada perlawanan tersebut.

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 1,000 penyokong tuan rumah terpaksa ditempatkan di kawasan trek stadium tersebut bermula pukul 8.30 malam sebelum kedudukan mereka disusun semula oleh anggota keselamatan.